Posts

BBM3410/18: Facebook Pula Kena Ceroboh

Image
Tugasan kami sebelum ini telah merangkumi hampir kesemua media sosial yang kami gunakan. Instagram, Twitter, Whatsapp, Youtube dan Blog. Hanya Facebook sahaja yang terlepas daripada belenggu tugasan BBM3410. Haha. Tapi medan selamat kami itu akhirnya diceroboh pada minggu ke 12. Pada minggu ini (minggu 12), kami diarahkan oleh Prof supaya memuatnaik 2 gambar bersama beliau dalam Facebook berserta caption yang menyatakan perasaan & luahan hati kami semua sepanjang mengambil subjek BBM3410 Multimedia dalam Bahasa. Terasa begitu berat hati sekali nak post gambar tentang subjek ini dalam laman facebook yang ada beratus-ratus kawan. Haha. Tapi, bila tengah type caption, terasa sebak pula. Banyak yang telah kami semua lalui sem ini. Adayang suka ada yang duka. Perjuangan kami di UPM ini hampir selesai. Subjek inilah yang mengajar kami erti redha, ilmu Photoshop dan pengeditan video dan erti persahabatan. Terima kasih Prof.

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Pada kuliah minggu ke-11, kami telah diamanahkan untuk menghasilkan video tanpa wajah. Apa itu? Tak pernah dengar langsung. Takde wajah macam mana nak berlakon? Macam mana mesej yang ingin disampaikan boleh diinterpretasi dengan betul oleh penonton? Beirkut merupakan kriteria-kriteria video tanpa wajah yang perlu dipatuhi; 1. Tanpa wajah (obviously) 2. Hanya menfokuskan kepada kaki atau tangan atau sesuatu objek yang ingin diutarakan. 3. Berbentuk lakonan dan mesti ada jalan cerita. 4, Jalan cerita mesti ada pertalian dan tidak tergantung. 5. Video terdiri daripada pelbagai 'scene' yang akan disunting dan dicantumkan selepas siap rekod. Jalan cerita untuk video kami adalah berkisah terntang kehidupan seorang pengemis yang malang dan sering ditindas oleh masyarakat sekeliling yang tiada perasaan belas kasihan yang akhirnya terlibat dalam kejadian yang tragik. Pengemis itu ditikam akibat hendak menyelamatkan mangsa yang diragut dan akhirnya meninggal dunia. Penghasilan ...

BBM3410/18: Video One Shot

Sekarang kita imbas kembali pula  penghasilan video kami yang pertama dalam subjek Multimedia.dalam Bahasa. Tugasan video ini adalah tugasan berkumpulan dan kami dikehendaki menghasilkan video one shot. Apa itu One Shot? Saya dah pernah cerita tentang video ini dalam blog terdahulu saya tetapi tak apa, saya akan ringkaskan sekali lagi untuk tatapan anda semua. Video One Shot adalah 1. Penghasilan video yang berlatarbelakangkan sesuatu yang konkrit dan tidak bergerak. 2. Latarbelakang itu harus statik dan sebaiknya direkod dalam tempat yang bebas daripada pergerakan. 3. Video ini tidak boleh disunting dan hanya 'one take' dibenarkan iaitu rekod sekali gus sahaja. 4, Pergerakan keluar masuk watak-watak dalam video perlu dibuat dengan cepat dan teratur. 5. Lighting mesti bagus. 6. Tiada unsur lakonan, cuma pergerakan, tarian dan nyanyian. Video ini boleh terdiri daripada 1. Video one shot 2. Video one shot two layers 3. Video one shot three layers Seperti dalam blog...

BBM3410/18: Papan Cerita

Papan cerita adalah satu siri lakaran bagi menggambarkan turutan siri kandungan untuk tujuan multimedia. Papan cerita juga merupakan susunan grafik dalam bentuk cerita untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada pembaca. Papan cerita yang kami lakukan adalah dalam bentuk e-Majalah. Memang terkejut apabila Prof mengumumkan tugasan kami pada minggu itu. Penghasilan e-Majalah?! Kami semua ingatkan itu adalah tugasan baru untuk kelas amali kami yang memerlukan kami membuat lakaran dan 'design' majalah menggunakan komputer. Memang rasa terbeban sebab tugasan dah bertimbun-timbun dihempap pula dengan FYP yang tak berpenghujung. Tapi itu bukan apa yang dimaksudkan Prof. Sungguhpun Prof sering menyuruh kami supaya redha je dengan apa jua tugasan yang diberi namun sebenarnya Prof ini ada juga perasaan sayang dan belas kasihan pada kami semua. Kami hanya perlu menghasilkan e-Majalah ini dengan membuat lakaran dalam 10 muka surat. Isi kandungan dalam majalah mesti menyerupai majalah se...

BBM3410/18: Asas Grafik

Hari ini kita imbas kembali (rewind) apa yang telah kita buat sepanjang 12 minggu kuliah Multimedia dalam Bahasa. Terasa sebak pula terfikirkan tentang perjalanan yang telah kami lalui dan semakin menghampiri garisan penamatnya. Banyak yang telah kami lakukan sepanjang 12 minggu ini. ada yang suka, ada yang duka. Baiklah kita mulakan dengan tugasan pertama kami. Tugasan pertama yang diamanahkan kepada kami ialah tugasan berkumpulan tentang asas grafik. Asas grafik merujuk kepada asas yang perlu diteliti dan diambil kira oleh setiap orang sebelum pengambilan gambar. Asas ini perlu dikuasai untuk mengambil gambar yang bukan sahaja cantik malah mempunyai nilai-nilai estetika. Tugasan ini memerlukan kerjasama daripada kami 10 orang dalam kumpulan untuk mencari ganmbar-gambar dalam majalah yang menepati ciri-ciri asas grafik seperti 1. keseimbangan 2. warna, 3. teks 4  kesesuaian 5. mudah Antara bahan-bahan yang diperlukan dalam penghasilan tugasan asas grafik ini adalah 1. M...

BBM3410/18- Tempoh Paling Kritikal Sepanjang 3 Tahun Setengah Pengajian

Image
Perjuangan kami di UPM berbaki 5 minggu. 5 minggu terakhir ini lah yang paling kritikal sekali kepada kami. Dan pada masa-masa seperti ni lah laptop akan rosak, assignment semua deadline, ahli keluarga jatuh sakit, gaduh dengan pasangan, kucing berak atas katil, hardcopy fyp kena kopi.. dan sebagainya. Pada ketika ini lah kita baru ingat Tuhan, ingat pesanan pensyarah, ingat kata-kata motivasi dalam Twitter dan desperate nak cari ketenangan sementara waktu. Tapi itu semua hanya sementara waktu. Hidup kena diteruskan juga. Takkan sebab stres kita nak tamatkan hidup. Kena banyak bersabar. Banyak berdoa. Banyak mendengar muzik untuk menenangkan fikiran. Makan juga merupakan satu terapi untuk menenangkan tekanan. Jangan berputus asa wahai rakan-rakanku!                 Aiskrim pengubat hati yang lara

BBM3410/18- Screenshot Twitter dan Komen daripada Prof dalam Blog

Image
Sejujurnya saya cukup bersyukur sebab rakan-rakan seprogram saya bukan jenis yang suka mencarut yang bukan-bukan, kecam-mengecam dalam twitter. Sebaliknya mereka guna twitter untuk meluahkan perasaan dan fikiran dan beri kata-kata motivasi. Buka twitter je, boleh nampak la kata-kata motivasi yang boleh di-compile-kan menjadi sebuah buku. Lebih lebih lagi Prof kami jenis pensyarah yang rajin baca dan komen perkongsian kami di laman blog ini. Memang jadi satu motivasi kepada kami untuk terus menulis dan menggunakan sosial media dengan sebaik mungkin. Bak kata Prof, betulkan yang biasa, biasakan yang betul. Sosial media sepatutnyalah digunakan dengan tujuan yang baik seperti ini.  Antara perkongsian daripada rakan-rakan dalam twitter yang telah saya retweet. Komen daripada pensyarah kami, Prof Dr. Normaliza.

BBM3410/18- Video One Shot Two Layers - Alamak Apa Itu?!

Image
Bersyukur sebab sudah masuk kuliah untuk minggu yang ke-9. Pada minggu ini, untuk kuliah Multimedia dalam Bahasa, kami membentang video one shot kami terlebih dahulu. Lepas itu, datanglah saat yang kami gentarkan- pengumuman tugasan untuk minggu ini pula. Minggu ini prof nak kami hasilkan video one shot two layers pulak! Alahai apa itu?! Video pun boleh buat two three layers macam dalam Photoshop ke?? Pening. One Shot tu dah cukup memeningkan, ini pula two layers! Lagi memeningkan. Sejurus selepas itu kumpulan kami terus membuat perbincangan. Memang buntu. Tak ada idea langsung. Tapi terfikir juga la nak buat lagu rancak sikit tapi kena ada jalan cerita sikit, tarian, dan yang paling penting penyanyi kena berinteraksi dengan semua yang terlibat dalam video. Jadi kami pun pilihlah lokasi dan lagu Joget Lambak. Rentak lagu ni cepat jadi tarian kena ikut rentak dan pergerakan kami kena cepat. Nasib baik ada dalam kalangan ahli kumpulan yang berbakat dalam tarian dan seni persembaha...

BBM3410/18- Tutorial Membuat Kalendar Menggunakan Adobe Photoshop

Image
Memandangkan minggu ini kelas tutorial Multimedia dalam Bahasa dibatalkan, jadi tugasan yang perlu kami buat adalah memuat naik video 3 minit tutorial membuat kalendar menggunakan Adobe Photoshop. 3 minit memang kedengaran seperti lama tetapi sebenarnya 3 minit itu hanya mampu muat beberapa langkah pengeditan dan pembuatan kalendar sahaja. Kali pertama buat tutorial. Bukan senang. Memang. Kena sedia dengan segala ilmu dan peralatan. Kamera kena sedia. Suara kena jelas. Bilik kena kemas. Banyak kena buat. Tapi tak apa la suatu pendedahan yang berguna kepada kami semua. Semoga ilmu ini dapat disebar dan dikongsi bersama orang lain sungguhpun tidak seberapa. Ini link ke video tutorial tersebut. https://youtu.be/C7PP7mWirvs

BBM3410/18- Balik Kampus untuk Meneruskan Sisa-sisa Perjuangan!

Image
Selepas tamatnya cuti yang agak panjang (hampir 2 minggu) kami semua kena balik ke realiti. Realiti yang kami cuba elak-elakkan. Namun sisa sisa perjuangan kami di UPM haris diteruskan. Perjuangan kami hanya berbaki 2 bulan dan sekiranya kami kalah, kami akan terpaksa mengulangi semester ini! Jadi apakah daya. Dengan hati dan langkah yang berat kami pun berangkat balik lah. Saya memang malas nak balik kampus setiap kali balik kampung disebabkan oleh satu alasan je- makanan! Makanan kat kampus mana boleh menandingi makanan kat Penang la kan! Tapi tak apa. 2 bulan je lagi kami perlu bersabar dan melayan kerenah tugasan tugasan yang leceh dan tidak berpenghujung.              Rindu rumah, rindu ayah dan ibu.

BBM3410/18- Debaran Deepavali

Image
Setiap kali sebelum bermulanya sesebuah perayaan besar sesebuah kaum, kita akan turut merasai keterujaan dan debarannya kan? Itulah yang saya rasai setiap kali sebelum deepavali dan hari raya aidilfitri. Mungkin sebab kita sudah hidup berpuluh tahun bersama-sama di muka bumi ini. Saya sengaja pergi berpusu-pusu di Queensbay Mall, kompleks membeli belah paling besar di Penang untuk merasai sendiri debaran persiapan kaum india untuk menyambut deepavali tahun ini. Ternyata cukup meriah sekali suasana di situ. Sungguhpun terpaksa berjalan terkedek kedek kerana terlalu banyak orang yang membanjiri kompleks tersebut, saya gembira. Saya puas hati. Sungguhpun tidak diundang untuk pergi ke rumah rakan rakan India pada tahun ini tapi saya gembira melihat gambar gambar mereka bersama ahli keluarga tersayang di laman Instagram. Hiasan burung merak di Queensbay Mall sempena Deepavali. Cantik!

BBM3410/18- Prof Masuk TV!

Image
Pada 5 November 2018, pensyarah Multimedia kami, Prof Dr Normaliza telah ditemu ramah dalam slot Bijak Siber di TV AlHijrah! Sebagai pelajar beliau kami pun tumpang excited dan teruja nak tengok pensyarah kami yang kami hadap setiap pagi isnin dalam kelas dalam kaca TV. Tapi disebabkan kuliah hari tu batal, kami ditugaskan untuk mengambil gambar beliau yang cantik dan nampak muda la dan muat naik dalam Instagram. Wawancara bertajukkan Pemartabatan Bahasa Melayu dan Pengharmonian Hubungan Antara Kaum melalui Alam Siber itu cukup membuka minda kami sebagai pelajar bahasa melayu. Hujah hujah yang dikemukakan oleh Prof cukup bernas. Ternyata satu-satunya perkara yang kita perlu buat adalah betulkan yang biasa dan biasakan yang betul dalam usaha untuk mengekalkan keharmonian kaum dan pemartabatan bahasa melayu. Gambar-gambar Prof yang kami muat naik dalam Instagram.

BBM3410/18- Hari Jadi Ibu yang Ke-53!

Image
Sebenarnya sebelum balik bercuti lagi saya sudah membincangkan tentang sambutan hari jadi ibu dengan adik kakak dan abang dalam Whatsapp. Namun idea saya untuk memasak steamboat dalam rumah ditolak! Sedih sangat sebab dah lama mengidam nak hirup sup tomyam spesial Ibu dengan bebola ikan dan maggi. Kami tak jadi memasak steamboat sebab abang dan kakak sibuk dan tiada masa untuk turut serta membeli bahan bahan masakan. Biasalah kan. Orang berkerjaya. Asyik asyik dengan alasan sibuk dan makan luar. Tapi takpe la janji ibu gembira. Ibu okey je dengan apa-apa. Sebenarnya ibu tak nak susahkan kami pun. Dia dah cukup gembira kami semua balik kampung untuk menyambut harijadi dia. Maka pada hari tersebut kami pun pergilah makan dekat restoran steamboat berdekatan. Tiada apa apa yang menarik. Tiada makanan mewah mewah dan hadiah berjuta ringgit. Namun ibu saya sudah cukup gembira kerana kami sekeluarga akhirnya dapat berkumpul dan makan bersama-sama.

BBM3410/18- Tugasan 10 Gambar Kampung

Image
Sebelum kami balik bercuti, Prof sudah amanahkan kami dengan satu tugasan untuk diselesaikan sepanjang minggu tersebut. Tugasan itu adalah untuk mengambil 10 gambar yang menunjukkkan kami di kampung masing-masing dan muatnaik gambar-gambar tersebut dalam laman Instagram. 10 gambar! Bukan 1. Mulalah pusing kepala saya mana nak dapat 10 gambar kampung padahal kampung saya ada kat bandar! Tapi lepas tu, teringat kata-kata Prof 'mana-mana gambar je.' Jadi saya pun pergilah berjalan jalan di bandar georgetown dengan abang saya yang masih bermain Pokemon Go pada hujung minggu untuk mengambil gambar. Sebagai orang Penang saya cukup kagum dengan usaha kerajaan dalam pemeliharaan bangunan bangunan bersejarah. Ternyata berjalan-jalan di sekitar bandar georgetown sambil mengambil gambar adalah suatu pengamalan yang seronok! ( saya tidak pernah berjalan kaki mengelilingi bangunan-bangunan bersejarah tersebut selama ini).

BBM3410/18- Bermulanya Cuti Yang Ditunggu-tunggu!

Image
Siapalah yang tak suka cuti kan! Tapi untuk pelajar semester akhir seperti kami ini, cuti pertengahan semester selama seminggu ini adalah cuti yang amat penting sekali untuk kami. Ada yang tidak balik kampung dan menggunakan masa 1 minggu ini untk berperang dengan PITA dan tugasan yang berlambak-lambak. Ada yang menganggap cuti ini adalah satu peluang untuk bercuti dengan keluarga dan menenangkan fikiran yang bercelaru dan stress yang kian memuncak. Ada yang balik kampung untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak, membantu ibubapa untuk menghadapi persiapan perayaan Deepavali, menolong ibubapa untuk menjaga adik-adik dan berniaga. Saya pula? Saya balik untuk makan je. Siapa yang tak rindu masakan mak kat kampung kan. Hasilnya, berat badan saya bertambah hampir 2 kilo. Dah hampir obese. Tapi takpe la janji kita gembira kan. Siapa yang balik kampung untuk makan kita geng!

BBM3410/18- Pengambilan Video Muzik, MENCABAR!

Image
Pada minggu ini, kami telah ditugaskan untuk mengambil video muzik secara 'One Shot' dengan ahli kumpulan! Apa dia?! Video muzik? Apakah yang kami tahu sangat tentang muzik dan seni tarian sebagai pelajar bahasa?! Pada mulanya, memang payah sekali untuk kami yang tiada pengalaman menari untk mengikuti rentak-rentak tarian. Serius susah! Tetapi selepas beberapa latihan diadakan serta penambahbaikan dan khidmat nasihat oleh para ahli kumpulan yang reti menari, akhirnya kami berjaya menghasilkan video yang memuaskan sungguhpun tidak seberapa hebat di pandangan orang lain ini!  Suatu pengalaman yang baru!

BBM3410/18- Laman Media Sosial Instagram dan Twitter, Apakah Persamaannya?

Image
Kita tidak boleh menafikan kepentingan media sosial terhadap kehidupan seharian kita pada zaman ini. Antara media sosial yang paling digemari sekarang adalah Twitter dan Instagram. Apakah persamaan yang ada pada kedua-dua media sosial ini sehingga begitu digemari pada oleh para remaja sekarang? Salah satu daripada aspek terpenting yang ada pada kedua-dua laman ini adalah kefleksibelannya dalam perkongsian maklumat. Pengguna daripada pelbagai lapisan boleh mengakses Twitter dan Instagram dengan senang. Aplikasi ini senang difahami dan pengguna boleh berkongsi apa-apa sahaja jenis maklumat dalam mana-mana bentuk, sama ada gambar, text, video atau GIF. Selain itu, kedua-dua laman sosial ini menyediakan perkhidmatan untuk mengekspresikan pendapat dan berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa perlu mendedahkan identiti sebenar diri sendiri. Dalam kelas BBM3410 Multimedia dalam Bahasa, pensyarah kami, Prof. Dr. Normaliza menyarankan kami untuk menggunakan kedua-dua Instagram dan Twitte...

BBM3410/18- Kuliah Minggu Ke-7, Apa itu One Shot?

Image
Kuliah Multimedia dalam Bahasa pada minggu ini dimulakan dengan pembentangan video oleh setiap kumpulan. Video ini adalah hasil susunan gambar penceritaan yang diambil dengan berpandukan simpulan-simpulan bahasa yang telah ditetapkan oleh setiap kumpulan seminggu sebelum itu. Secara keseluruhannya, Prof agak berpuas hati dengan pencapaian kami semua sungguhpun terdapat sedikit kesilapan yang masih perlu kami perbaiki. Selepas itu, Prof memberikan tugasan kepada kami untuk diselesaikan semasa cuti pertengahan semester. Tugasan tersebut adalah memuat naik 10 gambar ke laman Instagram. Akhir sekali, kami didedahkan dengan pengambilan video one shot. One Shot adalah kaedah pengambilan video yang diambil sekali sahaja tanpa sebarang penyuntingan. Tugasan ini perlu diambil dengan berlatarbelakangkan lagu Melayu yang berentak cepat. Tugasan ini perlu dibentangkan pada Isnin selepas cuti sem.

BBM3410/18: Tips Memotivasikan Diri Sendiri (Khas untuk Mahasiswa Semester Akhir)

Image
Apabila anda sudah berada pada semester akhir pengajian anda di IPTA khususnya, pelbagai masalah dan halangan sudah pasti akan timbul. Masalah tersebut bukan hanya wujud daripada kalangan keluarga anda malah kawan-kawan serta perkara-perkara di luar kawalan! Pengalaman saya sendiri adalah menerima khabar bahawa bapa saudara saya menghidapi kanser dan nenek saya mengalami alzheimer serius. Kawan-kawan pula mula menghindarkan diri untuk 'fokus' dalam PITA dan ada yang cuba mengambil kesempatan dengan membiarkan tugasan berkumpulan subjek lain untuk diselesaikan oleh seorang ahli kumpulan, dengan alasan sibuk dengan PITA juga. Komputer riba dan telefon pintar pula menghadapi masalah 'lag' yang teruk. Sudah tentu perkara-perkara seperti ini tidak boleh dijangkakan apatah lagi dielakkan! Jadi, kita sudah tahu bahawa perkara-perkara ini adalah hakikat yang tidak boleh diubah. Oleh itu, kita harus redha dan berpuas hati dengan apa yang ada serta bersedia menghadapi segala...

BBM3410/18- Bacelor Bahasa dan Linguistik Melayu, Suatu Perjalanan yang Sudah Menghampiri Destinasinya!

Image
Tanpa disedari, perjalanan saya dengan rakan-rakan seperjuangan di bumi UPM ini cuma berbaki 3 bulan. 3 bulan?! Betul. Sudah hampir mencecah 3 tahun setengah kami meredah perjuangan berliku-liku di sini. Tidak lama lagi kami akan melangkah kaki ke dunia nyata, dunia kedewasaan yang lagi mencabar! Namun adakah perjuangan kami di sini telah selesai? Adakah 3 bulan ini merupakan masa untuk kami bersuka-ria? Adakah kami sudah boleh meloloskan diri dari belenggu kuliah dan tugasan dan peperiksaan? Jawapannya: TIDAK SAMA SEKALI. 3 bulan terakhir kami di sini adalah yang paling mencabar dan paling kritikal. Seandainya kami lalai, kami akan menerima balasan yang paling sukar untuk diterima: EXTEND (lanjut satu semester). Oleh itu, kami perlu redha dan terus berusaha demi kejayaan bersama!