BBM3410/18: Facebook Pula Kena Ceroboh

Tugasan kami sebelum ini telah merangkumi hampir kesemua media sosial yang kami gunakan. Instagram, Twitter, Whatsapp, Youtube dan Blog. Hanya Facebook sahaja yang terlepas daripada belenggu tugasan BBM3410. Haha. Tapi medan selamat kami itu akhirnya diceroboh pada minggu ke 12.

Pada minggu ini (minggu 12), kami diarahkan oleh Prof supaya memuatnaik 2 gambar bersama beliau dalam Facebook berserta caption yang menyatakan perasaan & luahan hati kami semua sepanjang mengambil subjek BBM3410 Multimedia dalam Bahasa. Terasa begitu berat hati sekali nak post gambar tentang subjek ini dalam laman facebook yang ada beratus-ratus kawan. Haha.

Tapi, bila tengah type caption, terasa sebak pula.Banyak yang telah kami semua lalui sem ini. Adayang suka ada yang duka. Perjuangan kami di UPM ini hampir selesai. Subjek inilah yang mengajar kami erti redha, ilmu Photoshop dan pengeditan video dan erti persahabatan. Terima kasih Prof.




Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18- Pengambilan Video Muzik, MENCABAR!

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah