BBM3410/18- Video One Shot Two Layers - Alamak Apa Itu?!

Bersyukur sebab sudah masuk kuliah untuk minggu yang ke-9. Pada minggu ini, untuk kuliah Multimedia dalam Bahasa, kami membentang video one shot kami terlebih dahulu. Lepas itu, datanglah saat yang kami gentarkan- pengumuman tugasan untuk minggu ini pula. Minggu ini prof nak kami hasilkan video one shot two layers pulak! Alahai apa itu?! Video pun boleh buat two three layers macam dalam Photoshop ke??

Pening. One Shot tu dah cukup memeningkan, ini pula two layers! Lagi memeningkan. Sejurus selepas itu kumpulan kami terus membuat perbincangan. Memang buntu. Tak ada idea langsung. Tapi terfikir juga la nak buat lagu rancak sikit tapi kena ada jalan cerita sikit, tarian, dan yang paling penting penyanyi kena berinteraksi dengan semua yang terlibat dalam video.

Jadi kami pun pilihlah lokasi dan lagu Joget Lambak. Rentak lagu ni cepat jadi tarian kena ikut rentak dan pergerakan kami kena cepat. Nasib baik ada dalam kalangan ahli kumpulan yang berbakat dalam tarian dan seni persembahan. Dapat bagilah sikit tunjuk ajar kat saya ini yang serupa kentang. 

Tapi outcome daripada kami agak memuaskan. Kami semua gembira. Harap harap prof pun terhibur la.

Muka semua barai sebab penat dan tak cukup tidur.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Facebook Pula Kena Ceroboh

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

BBM3410/18- Pengambilan Video Muzik, MENCABAR!