BBM3410/18- Kuliah Minggu Ke-7, Apa itu One Shot?

Kuliah Multimedia dalam Bahasa pada minggu ini dimulakan dengan pembentangan video oleh setiap kumpulan. Video ini adalah hasil susunan gambar penceritaan yang diambil dengan berpandukan simpulan-simpulan bahasa yang telah ditetapkan oleh setiap kumpulan seminggu sebelum itu. Secara keseluruhannya, Prof agak berpuas hati dengan pencapaian kami semua sungguhpun terdapat sedikit kesilapan yang masih perlu kami perbaiki.

Selepas itu, Prof memberikan tugasan kepada kami untuk diselesaikan semasa cuti pertengahan semester. Tugasan tersebut adalah memuat naik 10 gambar ke laman Instagram.

Akhir sekali, kami didedahkan dengan pengambilan video one shot. One Shot adalah kaedah pengambilan video yang diambil sekali sahaja tanpa sebarang penyuntingan. Tugasan ini perlu diambil dengan berlatarbelakangkan lagu Melayu yang berentak cepat. Tugasan ini perlu dibentangkan pada Isnin selepas cuti sem.











Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Facebook Pula Kena Ceroboh

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

BBM3410/18- Pengambilan Video Muzik, MENCABAR!