BBM3410/18- Debaran Deepavali

Setiap kali sebelum bermulanya sesebuah perayaan besar sesebuah kaum, kita akan turut merasai keterujaan dan debarannya kan? Itulah yang saya rasai setiap kali sebelum deepavali dan hari raya aidilfitri. Mungkin sebab kita sudah hidup berpuluh tahun bersama-sama di muka bumi ini.

Saya sengaja pergi berpusu-pusu di Queensbay Mall, kompleks membeli belah paling besar di Penang untuk merasai sendiri debaran persiapan kaum india untuk menyambut deepavali tahun ini. Ternyata cukup meriah sekali suasana di situ. Sungguhpun terpaksa berjalan terkedek kedek kerana terlalu banyak orang yang membanjiri kompleks tersebut, saya gembira. Saya puas hati. Sungguhpun tidak diundang untuk pergi ke rumah rakan rakan India pada tahun ini tapi saya gembira melihat gambar gambar mereka bersama ahli keluarga tersayang di laman Instagram.

Hiasan burung merak di Queensbay Mall sempena Deepavali. Cantik!

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Facebook Pula Kena Ceroboh

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

BBM3410/18- Pengambilan Video Muzik, MENCABAR!