BBM3410/18: Asas Grafik

Hari ini kita imbas kembali (rewind) apa yang telah kita buat sepanjang 12 minggu kuliah Multimedia dalam Bahasa. Terasa sebak pula terfikirkan tentang perjalanan yang telah kami lalui dan semakin menghampiri garisan penamatnya. Banyak yang telah kami lakukan sepanjang 12 minggu ini. ada yang suka, ada yang duka. Baiklah kita mulakan dengan tugasan pertama kami.

Tugasan pertama yang diamanahkan kepada kami ialah tugasan berkumpulan tentang asas grafik. Asas grafik merujuk kepada asas yang perlu diteliti dan diambil kira oleh setiap orang sebelum pengambilan gambar. Asas ini perlu dikuasai untuk mengambil gambar yang bukan sahaja cantik malah mempunyai nilai-nilai estetika. Tugasan ini memerlukan kerjasama daripada kami 10 orang dalam kumpulan untuk mencari ganmbar-gambar dalam majalah yang menepati ciri-ciri asas grafik seperti

1. keseimbangan
2. warna,
3. teks
4  kesesuaian
5. mudah

Antara bahan-bahan yang diperlukan dalam penghasilan tugasan asas grafik ini adalah
1. Majalah
2. Gunting
3. Riben
4. Mounting board
5. Gam

Selepas itu, kerja-kerja pengguntingan, dan penampalan perlu dilakukan supaya bahan-bahan yang diperlukan dapat diletakkan ke atas mounting board. Jangka masa yang ditetapkan untuk penghasilan tugasan ini adalah dari pukul 11 hingga pukul 2 sahaja.

Pada mulanya memang terasa payah sangat nak kembali membuat tugasan berkumpulan ini kerana maklumlah baru balik dari cuti yang panjang malah memerlukan kerjasama yang baik daripada semua ahli kumpulan. Namun kami bersyukur juga sebab semua ahli kumpulan menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menghasilkan tugasan yang dikehendaki tepat pada masanya.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Facebook Pula Kena Ceroboh

BBM3410/18- Pengambilan Video Muzik, MENCABAR!

BBM3410/18- Screenshot Twitter dan Komen daripada Prof dalam Blog