Posts

Showing posts from October, 2018

BBM3410/18- Pengambilan Video Muzik, MENCABAR!

Image
Pada minggu ini, kami telah ditugaskan untuk mengambil video muzik secara 'One Shot' dengan ahli kumpulan! Apa dia?! Video muzik? Apakah yang kami tahu sangat tentang muzik dan seni tarian sebagai pelajar bahasa?! Pada mulanya, memang payah sekali untuk kami yang tiada pengalaman menari untk mengikuti rentak-rentak tarian. Serius susah! Tetapi selepas beberapa latihan diadakan serta penambahbaikan dan khidmat nasihat oleh para ahli kumpulan yang reti menari, akhirnya kami berjaya menghasilkan video yang memuaskan sungguhpun tidak seberapa hebat di pandangan orang lain ini!  Suatu pengalaman yang baru!

BBM3410/18- Laman Media Sosial Instagram dan Twitter, Apakah Persamaannya?

Image
Kita tidak boleh menafikan kepentingan media sosial terhadap kehidupan seharian kita pada zaman ini. Antara media sosial yang paling digemari sekarang adalah Twitter dan Instagram. Apakah persamaan yang ada pada kedua-dua media sosial ini sehingga begitu digemari pada oleh para remaja sekarang? Salah satu daripada aspek terpenting yang ada pada kedua-dua laman ini adalah kefleksibelannya dalam perkongsian maklumat. Pengguna daripada pelbagai lapisan boleh mengakses Twitter dan Instagram dengan senang. Aplikasi ini senang difahami dan pengguna boleh berkongsi apa-apa sahaja jenis maklumat dalam mana-mana bentuk, sama ada gambar, text, video atau GIF. Selain itu, kedua-dua laman sosial ini menyediakan perkhidmatan untuk mengekspresikan pendapat dan berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa perlu mendedahkan identiti sebenar diri sendiri. Dalam kelas BBM3410 Multimedia dalam Bahasa, pensyarah kami, Prof. Dr. Normaliza menyarankan kami untuk menggunakan kedua-dua Instagram dan Twitte

BBM3410/18- Kuliah Minggu Ke-7, Apa itu One Shot?

Image
Kuliah Multimedia dalam Bahasa pada minggu ini dimulakan dengan pembentangan video oleh setiap kumpulan. Video ini adalah hasil susunan gambar penceritaan yang diambil dengan berpandukan simpulan-simpulan bahasa yang telah ditetapkan oleh setiap kumpulan seminggu sebelum itu. Secara keseluruhannya, Prof agak berpuas hati dengan pencapaian kami semua sungguhpun terdapat sedikit kesilapan yang masih perlu kami perbaiki. Selepas itu, Prof memberikan tugasan kepada kami untuk diselesaikan semasa cuti pertengahan semester. Tugasan tersebut adalah memuat naik 10 gambar ke laman Instagram. Akhir sekali, kami didedahkan dengan pengambilan video one shot. One Shot adalah kaedah pengambilan video yang diambil sekali sahaja tanpa sebarang penyuntingan. Tugasan ini perlu diambil dengan berlatarbelakangkan lagu Melayu yang berentak cepat. Tugasan ini perlu dibentangkan pada Isnin selepas cuti sem.

BBM3410/18: Tips Memotivasikan Diri Sendiri (Khas untuk Mahasiswa Semester Akhir)

Image
Apabila anda sudah berada pada semester akhir pengajian anda di IPTA khususnya, pelbagai masalah dan halangan sudah pasti akan timbul. Masalah tersebut bukan hanya wujud daripada kalangan keluarga anda malah kawan-kawan serta perkara-perkara di luar kawalan! Pengalaman saya sendiri adalah menerima khabar bahawa bapa saudara saya menghidapi kanser dan nenek saya mengalami alzheimer serius. Kawan-kawan pula mula menghindarkan diri untuk 'fokus' dalam PITA dan ada yang cuba mengambil kesempatan dengan membiarkan tugasan berkumpulan subjek lain untuk diselesaikan oleh seorang ahli kumpulan, dengan alasan sibuk dengan PITA juga. Komputer riba dan telefon pintar pula menghadapi masalah 'lag' yang teruk. Sudah tentu perkara-perkara seperti ini tidak boleh dijangkakan apatah lagi dielakkan! Jadi, kita sudah tahu bahawa perkara-perkara ini adalah hakikat yang tidak boleh diubah. Oleh itu, kita harus redha dan berpuas hati dengan apa yang ada serta bersedia menghadapi segala

BBM3410/18- Bacelor Bahasa dan Linguistik Melayu, Suatu Perjalanan yang Sudah Menghampiri Destinasinya!

Image
Tanpa disedari, perjalanan saya dengan rakan-rakan seperjuangan di bumi UPM ini cuma berbaki 3 bulan. 3 bulan?! Betul. Sudah hampir mencecah 3 tahun setengah kami meredah perjuangan berliku-liku di sini. Tidak lama lagi kami akan melangkah kaki ke dunia nyata, dunia kedewasaan yang lagi mencabar! Namun adakah perjuangan kami di sini telah selesai? Adakah 3 bulan ini merupakan masa untuk kami bersuka-ria? Adakah kami sudah boleh meloloskan diri dari belenggu kuliah dan tugasan dan peperiksaan? Jawapannya: TIDAK SAMA SEKALI. 3 bulan terakhir kami di sini adalah yang paling mencabar dan paling kritikal. Seandainya kami lalai, kami akan menerima balasan yang paling sukar untuk diterima: EXTEND (lanjut satu semester). Oleh itu, kami perlu redha dan terus berusaha demi kejayaan bersama!

BBM3410/18- Kuliah Minggu Ke-6

Image
Kuliah minggu ke-6 subjek Multimedia dalam Bahasa adalah kuliah yang terakhir berkenaan dengan fotografi. Kuliah minggu-minggu seterusnya adalah berkenaan dengan penghasilan video. Kuliah minggu ini adalah berkenaan dengan gambar penceritaan. Gambar cerita ini adalah gambar yang dapat memaparkan makna sesuatu cerita yang ingin disampaikan dengan jelas. Seseorang itu dapat menginterpretasi makna disebalik cerita itu dan mampu mengaitkannya dengan sesuatu situasi menggunakan deria kognitif dan emotifnya. Tugasan yang diamanahkan kepada kami semua adalah kami harus mengambil gambar dalam kumpulan berpandukan kepada tema peribahasa : simpulan bahasa. Simpulan bahasa ini tidak boleh sama antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Kami telah diarahkan untuk bergambar dengan mengikut 10 simpulan bahasa yang telah kami pilih. Pembentangan gambar dalam bentuk powerpoint akan diadakan pada minggu depan. Berikut merupakan antara gambar yang telah kami tangkap.

BBM3410/18- Berita Menggembirakan!

Image
Pada Jumaat lepas, saya menerima suatu panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali pada pukul 8.30 pagi! Nombor pelik, lebih-lebih lagi pada awal pagi, tanggapan utama pastinya SCAMMER! Saya pernah menerima panggilan telefon daripada scammer sebelum ini dan saya sememangnya tidak akan lagi mempercayai panggilan seperti ini. Namun setelah lama berdering, saya dengan hati yang berat pun jawablah panggilan tersebut. Alangkah terkejutnya saya apabila mendapat tahu bahawa panggilan tersebut adalah dari Samsung Malaysia dan saya telah memenangi suatu peraduan bergambar yang telah saya sertai pada 22 September lepas. Saya berasa amat terharu dan gembira. Maklumlah saya seorang yang kurang cekap bergambar dan mengambil gambar dan tidak pernah sekalipun memenangi apa jua peraduan yang pernah saya sertai.  Gambar saya telah dipilih sebagai salah satu daripada 200 gambar terbaik yang telah dipilih oleh Samsung Malaysia.

BBM3410/18: Bazaar Makanan, Rugi Kalau Tak Pergi

Image
Bazaar yang dinanti-nantikan oleh warga kolej serumpun dan kolej-kolej berhanpiran akhirnya tiba. Bazaar ini diadakan di pekarangan tempat parkir kereta kolej serumpun. Sungguhpun bazaar ini diadakan hampir setiap bulan (paling lama pun 2 bulan) tetapi makanan yang dijual disini cukup menarik dan bervariasi. Ramai pelajar akan menggermuni bazaar ini pada waktu petang. Maklumlah kami sudah bosan dengan makanan kafe yang sama. Bazaar kali ini menawarkan lebih banyak jenis gerai makanan daripada yang sebelum ini. Antara gerai yang menarik perhatian kami ialah gerai menjual 'nachos' dan nasi ayam panggang! Cukup menyelerakan. Gerai-gerai menjual pakaian wanita turut bertambah untuk memenuhi permintaan para mahasiswa perempuan. Pakaian-pakaian ini dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Namun disebalik keghairahan kami semua terhadap makanan di bazaar ini, kesihatan haruslah dijaga! Maklumlah makanan-makanan panas dan berminyak di bazaar ini mengandungi kalori yang tinggi.

BBM3410/18: Apa itu Flatlay?

Image
Pada kuliah minggu ke-5, Prof. Dr. Normaliza telah mengajar tentang Flatlay. Apa itu flatlay? Flatlay adalah salah satu cara mengambil gambar yang sudah tentu tidak asing lagi dalam kehidupan seharian kita pada zaman berpaksikan telefon pintar dan media sosial ini. Pernah tengok gambar makanan di Instagram? Itulah Flatlay. Flatlay adalah gambar yang  diambil dengan cara membentangkan sesuatu benda di atas permukaan yang rata dan gambar diambil dari arah atas. Gambar Flatlay perlu memperlihatkan kesemua barang yang ada pada sesuatu permukaan itu. Flatlay terbahagi kepada flatlay, half-flatlay, quarter-flatlay dan zero-flatlay. Sungguhpun teknik mengambil gambar ini kedengaran seperti senang tetapi hakikatnya tidak. Beberapa aspek perlu diambil sebelum gambar flatlay diambil seperti jenis barangan yang dipilih, sinaran cahaya yang mencukupi dan teknik semasa mengambil gambar. Prof telah memberikan kami masa selama 2 jam setengah untuk mengambil gambar-gambar flatlay dalam kumpulan be

BBM3410/18: Tugasan individu dalam talian, Suatu Pengajaran

Image
Pembelajaran atas talian bagi kuliah Multimedia dalam Bahasa diadakan pada hari Isnin 10-12 tengahari 1 Oktober 2018  Tugasan ini diadakan untuk menggantikan kuliah yang tertunda pada hari tersebut disebabkan Prof. Dr. Normaliza terpaksa menghadiri persidangan di Singapura.  Tugasan  individu ini memerlukan setiap pelajar kuliah ini untuk memberikan persepsi tentang jenis-jenis media sosial / media teknologi yang terdapat dalam bab 1 buku BOOM dan memilih salah satu media sosial/ media teknologi tersebut  dan membincangkan bagaimana kami  menggunakan teknologi tersebut dalam pembelajaran di universiti. Tugasan ini perlu mengikuti segala arahan dan ketetapan yang telah ditetapkan oleh Prof. Jika tidak, emel pelajar yang didapati salah akan dipadam. Walaupun tugasan ini dilihat sebagai tugasan yang agak senang, namun hakikatnya, arahan yang dikeluarkan oleh Prof perlu diikuti sepenuhnya dan kami  tidak boleh terlepas pandang akan sebarang kriteria tersebut sama sekali.  Hasilnya

BBM3410/18: Fotografi, suatu kemahiran semulajadi atau ilmu yang boleh dipelajari?

Image
Sejujurnya saya seorang yang tidak begitu menyukai fotografi sejak dari kecil lagi; sama ada menangkap gambar atau berada di dalamnya. ( camera shy ). Perasaan ini semakin hari semakin menebal kerana adik dan abang saya agak pandai mengambil gambar. Saya seringkali berasa tersisih dan dengki juga apabila mereka membincangkan perkara-perkara berkenaan dengan fotografi di hadapan saya. Saya tidak ada keyakinan diri langsung apabila berdepan dengan kamera dan semasa diarah untuk mengambil gambar orang. Tangan saya akan menggigil setiap kali memegang kamera menyebabkan gambar yang diambil oleh saya tidak cantik (KABUR). Apabila melanjutkan pelajaran ke universiti, saya telah mengenali seorang ' pure photographer'  yang juga merupakan kawan baik saya. Beliau memiliki ilmu yang agak memadai tentang fotografi dan kemahiran yang boleh dikatakan, semulajadi disebabkan beliau tidak pernah menghadiri sebarang kursus fotografi sebelum ini.  Pelbagai persoalan timbul dalam benak otak

BBM3410/18: Pesta Makanan Tradisional Melayu, suatu pengalaman berharga!

Image
Pada 26 September 2018, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi telah menganjurkan Pesta Makanan Tradisonal Melayu dengan kerjasama para pensyarah dan mahasiswa. Vendor-vendor makanan dari luar turut dijemput masuk untuk berniaga di pekarangan fakulti bersama-sama dengan para pensyarah dan pelajar. Sebelum itu, para pensyarah dan pelajar berkumpul di Bangunan CALC untuk majlis perasmian pesta makanan ini. Pesta ini dipengurusikan oleh Pn. Rahimah binti Hamdan dan majlis dimulai dengan ucapan beliau. Kemudian ucapan seterusnya adalah daripada Naib Cancelor UPM iaitu Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris dan diikuti upacara perasmian oleh Tuan Haji Abdullah selaku Pengarah Bahagian Peniaga dan Penjaja Kecil, Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Sesungguhnya penganjuran pesta makanan ini memberikan seribu satu manfaat bukan sahaja kepada para pelajar malah pensyarah dan orang-orang awam. Pesta ini membuka peluang kepada para pensyarah untuk merasai