BBM3410/18: Video One Shot

Sekarang kita imbas kembali pula  penghasilan video kami yang pertama dalam subjek Multimedia.dalam Bahasa. Tugasan video ini adalah tugasan berkumpulan dan kami dikehendaki menghasilkan video one shot. Apa itu One Shot? Saya dah pernah cerita tentang video ini dalam blog terdahulu saya tetapi tak apa, saya akan ringkaskan sekali lagi untuk tatapan anda semua.

Video One Shot adalah
1. Penghasilan video yang berlatarbelakangkan sesuatu yang konkrit dan tidak bergerak.
2. Latarbelakang itu harus statik dan sebaiknya direkod dalam tempat yang bebas daripada pergerakan.
3. Video ini tidak boleh disunting dan hanya 'one take' dibenarkan iaitu rekod sekali gus sahaja.
4, Pergerakan keluar masuk watak-watak dalam video perlu dibuat dengan cepat dan teratur.
5. Lighting mesti bagus.
6. Tiada unsur lakonan, cuma pergerakan, tarian dan nyanyian.

Video ini boleh terdiri daripada
1. Video one shot
2. Video one shot two layers
3. Video one shot three layers

Seperti dalam blog terdahulu saya berkenaan one shot, kami agak terkejut apabila diberikan tugasan ini. Apalah yang kami semua tahu sangat tentang seni tarian? Kami sekadar pelajar bahasa yang boring. Tapi itulah tanggapan negatif kami pada awalnya. Sebenarnya setiap orang ada potensi yang terpendam dan ada yang tidak pernah terfikir untuk mencuba dan mengekspresikannya di depan khalayak. Penghasilan video kami dilakukan di blackbox, FBMK bertemakan lagu Hajat daripada Hael Hussaini.Kami boleh mendabik dada dan mengatakan bahawa penghasilan video ini adalah agak berjaya dan telahpun ditonton hampir 600 kali di Youtube.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Facebook Pula Kena Ceroboh

BBM3410/18- Pengambilan Video Muzik, MENCABAR!

BBM3410/18- Screenshot Twitter dan Komen daripada Prof dalam Blog