BBM3410/18- Laman Media Sosial Instagram dan Twitter, Apakah Persamaannya?

Kita tidak boleh menafikan kepentingan media sosial terhadap kehidupan seharian kita pada zaman ini. Antara media sosial yang paling digemari sekarang adalah Twitter dan Instagram. Apakah persamaan yang ada pada kedua-dua media sosial ini sehingga begitu digemari pada oleh para remaja sekarang?

Salah satu daripada aspek terpenting yang ada pada kedua-dua laman ini adalah kefleksibelannya dalam perkongsian maklumat. Pengguna daripada pelbagai lapisan boleh mengakses Twitter dan Instagram dengan senang. Aplikasi ini senang difahami dan pengguna boleh berkongsi apa-apa sahaja jenis maklumat dalam mana-mana bentuk, sama ada gambar, text, video atau GIF.

Selain itu, kedua-dua laman sosial ini menyediakan perkhidmatan untuk mengekspresikan pendapat dan berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa perlu mendedahkan identiti sebenar diri sendiri.

Dalam kelas BBM3410 Multimedia dalam Bahasa, pensyarah kami, Prof. Dr. Normaliza menyarankan kami untuk menggunakan kedua-dua Instagram dan Twitter dengan aktif untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran. Berikut merupakan 'screenshot' bukti penglibatan kami dan Prof dalam Instagram dan Twitter.





Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Facebook Pula Kena Ceroboh

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

BBM3410/18- Pengambilan Video Muzik, MENCABAR!