Posts

Showing posts from December, 2018

BBM3410/18: Facebook Pula Kena Ceroboh

Image
Tugasan kami sebelum ini telah merangkumi hampir kesemua media sosial yang kami gunakan. Instagram, Twitter, Whatsapp, Youtube dan Blog. Hanya Facebook sahaja yang terlepas daripada belenggu tugasan BBM3410. Haha. Tapi medan selamat kami itu akhirnya diceroboh pada minggu ke 12. Pada minggu ini (minggu 12), kami diarahkan oleh Prof supaya memuatnaik 2 gambar bersama beliau dalam Facebook berserta caption yang menyatakan perasaan & luahan hati kami semua sepanjang mengambil subjek BBM3410 Multimedia dalam Bahasa. Terasa begitu berat hati sekali nak post gambar tentang subjek ini dalam laman facebook yang ada beratus-ratus kawan. Haha. Tapi, bila tengah type caption, terasa sebak pula. Banyak yang telah kami semua lalui sem ini. Adayang suka ada yang duka. Perjuangan kami di UPM ini hampir selesai. Subjek inilah yang mengajar kami erti redha, ilmu Photoshop dan pengeditan video dan erti persahabatan. Terima kasih Prof.

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Pada kuliah minggu ke-11, kami telah diamanahkan untuk menghasilkan video tanpa wajah. Apa itu? Tak pernah dengar langsung. Takde wajah macam mana nak berlakon? Macam mana mesej yang ingin disampaikan boleh diinterpretasi dengan betul oleh penonton? Beirkut merupakan kriteria-kriteria video tanpa wajah yang perlu dipatuhi; 1. Tanpa wajah (obviously) 2. Hanya menfokuskan kepada kaki atau tangan atau sesuatu objek yang ingin diutarakan. 3. Berbentuk lakonan dan mesti ada jalan cerita. 4, Jalan cerita mesti ada pertalian dan tidak tergantung. 5. Video terdiri daripada pelbagai 'scene' yang akan disunting dan dicantumkan selepas siap rekod. Jalan cerita untuk video kami adalah berkisah terntang kehidupan seorang pengemis yang malang dan sering ditindas oleh masyarakat sekeliling yang tiada perasaan belas kasihan yang akhirnya terlibat dalam kejadian yang tragik. Pengemis itu ditikam akibat hendak menyelamatkan mangsa yang diragut dan akhirnya meninggal dunia. Penghasilan

BBM3410/18: Video One Shot

Sekarang kita imbas kembali pula  penghasilan video kami yang pertama dalam subjek Multimedia.dalam Bahasa. Tugasan video ini adalah tugasan berkumpulan dan kami dikehendaki menghasilkan video one shot. Apa itu One Shot? Saya dah pernah cerita tentang video ini dalam blog terdahulu saya tetapi tak apa, saya akan ringkaskan sekali lagi untuk tatapan anda semua. Video One Shot adalah 1. Penghasilan video yang berlatarbelakangkan sesuatu yang konkrit dan tidak bergerak. 2. Latarbelakang itu harus statik dan sebaiknya direkod dalam tempat yang bebas daripada pergerakan. 3. Video ini tidak boleh disunting dan hanya 'one take' dibenarkan iaitu rekod sekali gus sahaja. 4, Pergerakan keluar masuk watak-watak dalam video perlu dibuat dengan cepat dan teratur. 5. Lighting mesti bagus. 6. Tiada unsur lakonan, cuma pergerakan, tarian dan nyanyian. Video ini boleh terdiri daripada 1. Video one shot 2. Video one shot two layers 3. Video one shot three layers Seperti dalam blog

BBM3410/18: Papan Cerita

Papan cerita adalah satu siri lakaran bagi menggambarkan turutan siri kandungan untuk tujuan multimedia. Papan cerita juga merupakan susunan grafik dalam bentuk cerita untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada pembaca. Papan cerita yang kami lakukan adalah dalam bentuk e-Majalah. Memang terkejut apabila Prof mengumumkan tugasan kami pada minggu itu. Penghasilan e-Majalah?! Kami semua ingatkan itu adalah tugasan baru untuk kelas amali kami yang memerlukan kami membuat lakaran dan 'design' majalah menggunakan komputer. Memang rasa terbeban sebab tugasan dah bertimbun-timbun dihempap pula dengan FYP yang tak berpenghujung. Tapi itu bukan apa yang dimaksudkan Prof. Sungguhpun Prof sering menyuruh kami supaya redha je dengan apa jua tugasan yang diberi namun sebenarnya Prof ini ada juga perasaan sayang dan belas kasihan pada kami semua. Kami hanya perlu menghasilkan e-Majalah ini dengan membuat lakaran dalam 10 muka surat. Isi kandungan dalam majalah mesti menyerupai majalah se

BBM3410/18: Asas Grafik

Hari ini kita imbas kembali (rewind) apa yang telah kita buat sepanjang 12 minggu kuliah Multimedia dalam Bahasa. Terasa sebak pula terfikirkan tentang perjalanan yang telah kami lalui dan semakin menghampiri garisan penamatnya. Banyak yang telah kami lakukan sepanjang 12 minggu ini. ada yang suka, ada yang duka. Baiklah kita mulakan dengan tugasan pertama kami. Tugasan pertama yang diamanahkan kepada kami ialah tugasan berkumpulan tentang asas grafik. Asas grafik merujuk kepada asas yang perlu diteliti dan diambil kira oleh setiap orang sebelum pengambilan gambar. Asas ini perlu dikuasai untuk mengambil gambar yang bukan sahaja cantik malah mempunyai nilai-nilai estetika. Tugasan ini memerlukan kerjasama daripada kami 10 orang dalam kumpulan untuk mencari ganmbar-gambar dalam majalah yang menepati ciri-ciri asas grafik seperti 1. keseimbangan 2. warna, 3. teks 4  kesesuaian 5. mudah Antara bahan-bahan yang diperlukan dalam penghasilan tugasan asas grafik ini adalah 1. Majal