BBM3410/18- Hari Jadi Ibu yang Ke-53!


Sebenarnya sebelum balik bercuti lagi saya sudah membincangkan tentang sambutan hari jadi ibu dengan adik kakak dan abang dalam Whatsapp. Namun idea saya untuk memasak steamboat dalam rumah ditolak! Sedih sangat sebab dah lama mengidam nak hirup sup tomyam spesial Ibu dengan bebola ikan dan maggi. Kami tak jadi memasak steamboat sebab abang dan kakak sibuk dan tiada masa untuk turut serta membeli bahan bahan masakan. Biasalah kan. Orang berkerjaya. Asyik asyik dengan alasan sibuk dan makan luar.

Tapi takpe la janji ibu gembira. Ibu okey je dengan apa-apa. Sebenarnya ibu tak nak susahkan kami pun. Dia dah cukup gembira kami semua balik kampung untuk menyambut harijadi dia. Maka pada hari tersebut kami pun pergilah makan dekat restoran steamboat berdekatan. Tiada apa apa yang menarik. Tiada makanan mewah mewah dan hadiah berjuta ringgit. Namun ibu saya sudah cukup gembira kerana kami sekeluarga akhirnya dapat berkumpul dan makan bersama-sama.



Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Facebook Pula Kena Ceroboh

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

BBM3410/18- Pengambilan Video Muzik, MENCABAR!