BBM3410/18: Video Tanpa Wajah
Pada kuliah minggu ke-11, kami telah diamanahkan untuk menghasilkan video tanpa wajah. Apa itu? Tak pernah dengar langsung. Takde wajah macam mana nak berlakon? Macam mana mesej yang ingin disampaikan boleh diinterpretasi dengan betul oleh penonton? Beirkut merupakan kriteria-kriteria video tanpa wajah yang perlu dipatuhi;
1. Tanpa wajah (obviously)
2. Hanya menfokuskan kepada kaki atau tangan atau sesuatu objek yang ingin diutarakan.
3. Berbentuk lakonan dan mesti ada jalan cerita.
4, Jalan cerita mesti ada pertalian dan tidak tergantung.
5. Video terdiri daripada pelbagai 'scene' yang akan disunting dan dicantumkan selepas siap rekod.
Jalan cerita untuk video kami adalah berkisah terntang kehidupan seorang pengemis yang malang dan sering ditindas oleh masyarakat sekeliling yang tiada perasaan belas kasihan yang akhirnya terlibat dalam kejadian yang tragik. Pengemis itu ditikam akibat hendak menyelamatkan mangsa yang diragut dan akhirnya meninggal dunia.
Penghasilan video ini mengambil masa kira-kira 4 jam, tidak termasuk 1 jam lebih untuk kerja-kerja pengeditan. Mujurlah kami mempunyai barisan pelakon, jurugambar, juruedit dan pengarah yang efisien. Penghasilan video agar mencabar namun menyeronokkan. Selama ini kami tidak pernah terfikir bahawa mesej boleh disampaikan tanpa ekpresi muka ataupun pertuturan verbal. Pergerakan tangan dan kaki atau 'body language' sahaja mampu memyampaikan seribu satu maksud.

Comments
Post a Comment