BBM3410/18: Papan Cerita

Papan cerita adalah satu siri lakaran bagi menggambarkan turutan siri kandungan untuk tujuan multimedia. Papan cerita juga merupakan susunan grafik dalam bentuk cerita untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada pembaca. Papan cerita yang kami lakukan adalah dalam bentuk e-Majalah.

Memang terkejut apabila Prof mengumumkan tugasan kami pada minggu itu. Penghasilan e-Majalah?! Kami semua ingatkan itu adalah tugasan baru untuk kelas amali kami yang memerlukan kami membuat lakaran dan 'design' majalah menggunakan komputer. Memang rasa terbeban sebab tugasan dah bertimbun-timbun dihempap pula dengan FYP yang tak berpenghujung.

Tapi itu bukan apa yang dimaksudkan Prof. Sungguhpun Prof sering menyuruh kami supaya redha je dengan apa jua tugasan yang diberi namun sebenarnya Prof ini ada juga perasaan sayang dan belas kasihan pada kami semua. Kami hanya perlu menghasilkan e-Majalah ini dengan membuat lakaran dalam 10 muka surat. Isi kandungan dalam majalah mesti menyerupai majalah seperti

1.ada muka depan
2.headlines
3.mukadimah,
4.sidang pengarang
5.fokus produk yang dipromosikan (lakaran)
6. ayat-ayat promosi

Kumpulan kami memilih produk baju sebagai produk majalah kami. Baju kami terbahagi kepada baju perempuan kasual, baju perempuan formal, baju lelaki kasual, baju lelaki formal, baju sukan dan baju kanak-kanak. Sungguhpun lakaran kedengaran senang namun bila kami mula melakar setelah sekian lama tidak melukis, memang serupa budak baru belajar memegang pensel. Beberapa kertas perlu kami korbankan disebabkan oleh lakaran kami yang tidak menjadi-jadi pada awalnya. Namun setelah beberapa percubaan ditambahlagi dengan nasihat yang diberikan oleh para ahli kumpulan yang mempunyai asas seni lakaran, kami berjaya menghasilkan e-Majalah tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Facebook Pula Kena Ceroboh

BBM3410/18- Pengambilan Video Muzik, MENCABAR!

BBM3410/18- Screenshot Twitter dan Komen daripada Prof dalam Blog