BBM3410/18- Prof Masuk TV!

Pada 5 November 2018, pensyarah Multimedia kami, Prof Dr Normaliza telah ditemu ramah dalam slot Bijak Siber di TV AlHijrah! Sebagai pelajar beliau kami pun tumpang excited dan teruja nak tengok pensyarah kami yang kami hadap setiap pagi isnin dalam kelas dalam kaca TV. Tapi disebabkan kuliah hari tu batal, kami ditugaskan untuk mengambil gambar beliau yang cantik dan nampak muda la dan muat naik dalam Instagram.

Wawancara bertajukkan Pemartabatan Bahasa Melayu dan Pengharmonian Hubungan Antara Kaum melalui Alam Siber itu cukup membuka minda kami sebagai pelajar bahasa melayu. Hujah hujah yang dikemukakan oleh Prof cukup bernas. Ternyata satu-satunya perkara yang kita perlu buat adalah betulkan yang biasa dan biasakan yang betul dalam usaha untuk mengekalkan keharmonian kaum dan pemartabatan bahasa melayu.

Gambar-gambar Prof yang kami muat naik dalam Instagram.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Facebook Pula Kena Ceroboh

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

BBM3410/18- Pengambilan Video Muzik, MENCABAR!