BBM3410/18: Tips Memotivasikan Diri Sendiri (Khas untuk Mahasiswa Semester Akhir)
Apabila anda sudah berada pada semester akhir pengajian anda di IPTA khususnya, pelbagai masalah dan halangan sudah pasti akan timbul. Masalah tersebut bukan hanya wujud daripada kalangan keluarga anda malah kawan-kawan serta perkara-perkara di luar kawalan!
Pengalaman saya sendiri adalah menerima khabar bahawa bapa saudara saya menghidapi kanser dan nenek saya mengalami alzheimer serius. Kawan-kawan pula mula menghindarkan diri untuk 'fokus' dalam PITA dan ada yang cuba mengambil kesempatan dengan membiarkan tugasan berkumpulan subjek lain untuk diselesaikan oleh seorang ahli kumpulan, dengan alasan sibuk dengan PITA juga.
Komputer riba dan telefon pintar pula menghadapi masalah 'lag' yang teruk.
Sudah tentu perkara-perkara seperti ini tidak boleh dijangkakan apatah lagi dielakkan! Jadi, kita sudah tahu bahawa perkara-perkara ini adalah hakikat yang tidak boleh diubah. Oleh itu, kita harus redha dan berpuas hati dengan apa yang ada serta bersedia menghadapi segala-galanya dengan tabah. Banyakkan berdoa.
Selain itu, motivasi diri sudah tentu terjejas akibat semua kemelut ini. Bila motivasi terjejas, produktiviti kita akan menurun dan hal ini mungkin menjejaskan 'mood' kita dan mungkin menambahkan lagi bebanan tekanan kita. Nasihat saya adalah sentiasa memikirkan dan melakukan tentang perkara yang gembira! Pergilah bergaul dengan rakan-rakan anda, makan apa yang anda suka, dengar genre lagu yang anda gemari, baca buku yang anda sukai dan tonton filem yang anda minati.
Jangan sesekali mengurung diri anda dalam bilik dan melemaskan diri dalam lautan kegelapan!
Akhir sekali, sentiasa mengurus masa anda dengan baik. Kenalpasti waktu di mana anda paling produktif. Ada yang suka membuat kerja pada awal pagi, ada yang lebih produktif pada lewat malam. Di samping itu, pastikan objektif anda tercapai sebelum anda boleh melakukan aktviti kegemaran anda. Contohnya, anda memperuntukkan 3 jam untuk PITA. Pastikan ia tercapai sebelum anda mula bermain permainan telfon pintar anda, misalnya.
SEMOGA BERJAYA!

Comments
Post a Comment