BBM3410/18: Fotografi, suatu kemahiran semulajadi atau ilmu yang boleh dipelajari?

Sejujurnya saya seorang yang tidak begitu menyukai fotografi sejak dari kecil lagi; sama ada menangkap gambar atau berada di dalamnya. (camera shy). Perasaan ini semakin hari semakin menebal kerana adik dan abang saya agak pandai mengambil gambar. Saya seringkali berasa tersisih dan dengki juga apabila mereka membincangkan perkara-perkara berkenaan dengan fotografi di hadapan saya. Saya tidak ada keyakinan diri langsung apabila berdepan dengan kamera dan semasa diarah untuk mengambil gambar orang. Tangan saya akan menggigil setiap kali memegang kamera menyebabkan gambar yang diambil oleh saya tidak cantik (KABUR).

Apabila melanjutkan pelajaran ke universiti, saya telah mengenali seorang 'pure photographer' yang juga merupakan kawan baik saya. Beliau memiliki ilmu yang agak memadai tentang fotografi dan kemahiran yang boleh dikatakan, semulajadi disebabkan beliau tidak pernah menghadiri sebarang kursus fotografi sebelum ini. 

Pelbagai persoalan timbul dalam benak otak saya. Adakah fotografi ini suatu kemahiran semulajadi ataupun suatu ilmu yang boleh ditimba?

Persoalan yang sekian lama menghantui saya itu akhirnya terjawab. Fotografi tidak datang secara semulajadi tetapi memerlukan pengamatan dan usaha yang bersungguh-sungguh oleh sesiapa yang ingin mempelajarinya. 

Berikut merupakan gambar-gambar yang telah saya ambil untuk kelas Multimedia dalam Bahasa Melayu.







Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Facebook Pula Kena Ceroboh

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

BBM3410/18- Pengambilan Video Muzik, MENCABAR!