BBM3410/18: Pesta Makanan Tradisional Melayu, suatu pengalaman berharga!
Pada 26 September 2018, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi telah menganjurkan Pesta Makanan Tradisonal Melayu dengan kerjasama para pensyarah dan mahasiswa. Vendor-vendor makanan dari luar turut dijemput masuk untuk berniaga di pekarangan fakulti bersama-sama dengan para pensyarah dan pelajar.
Sebelum itu, para pensyarah dan pelajar berkumpul di Bangunan CALC untuk majlis perasmian pesta makanan ini. Pesta ini dipengurusikan oleh Pn. Rahimah binti Hamdan dan majlis dimulai dengan ucapan beliau. Kemudian ucapan seterusnya adalah daripada Naib Cancelor UPM iaitu Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris dan diikuti upacara perasmian oleh Tuan Haji Abdullah selaku Pengarah Bahagian Peniaga dan Penjaja Kecil, Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Sesungguhnya penganjuran pesta makanan ini memberikan seribu satu manfaat bukan sahaja kepada para pelajar malah pensyarah dan orang-orang awam. Pesta ini membuka peluang kepada para pensyarah untuk merasai pengalaman berniaga malah membantu menjalinkan kerjasama dan silaturahim yang erat antara staf-staf fakulti serta pelajar.
Daripada pandangan peribadi saya pula sebagai seorang pelajar fakulti ini, saya ternyata amat berbesar hati dengan penganjuran pesta makanan ini kerana ia telah mendapat liputan di TV3! Bukan itu sahaja, saya sebagai pelajar berbangsa Cina berpeluang mencuba dan mengenali pelbagai masakan dan makanan tradisional Melayu yang unik.
Comments
Post a Comment