BBM3410/18- Berita Menggembirakan!

Pada Jumaat lepas, saya menerima suatu panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali pada pukul 8.30 pagi! Nombor pelik, lebih-lebih lagi pada awal pagi, tanggapan utama pastinya SCAMMER! Saya pernah menerima panggilan telefon daripada scammer sebelum ini dan saya sememangnya tidak akan lagi mempercayai panggilan seperti ini.

Namun setelah lama berdering, saya dengan hati yang berat pun jawablah panggilan tersebut. Alangkah terkejutnya saya apabila mendapat tahu bahawa panggilan tersebut adalah dari Samsung Malaysia dan saya telah memenangi suatu peraduan bergambar yang telah saya sertai pada 22 September lepas.

Saya berasa amat terharu dan gembira. Maklumlah saya seorang yang kurang cekap bergambar dan mengambil gambar dan tidak pernah sekalipun memenangi apa jua peraduan yang pernah saya sertai.  Gambar saya telah dipilih sebagai salah satu daripada 200 gambar terbaik yang telah dipilih oleh Samsung Malaysia.



Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Facebook Pula Kena Ceroboh

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

BBM3410/18- Pengambilan Video Muzik, MENCABAR!