BBM3410/18: Apa itu Flatlay?

Pada kuliah minggu ke-5, Prof. Dr. Normaliza telah mengajar tentang Flatlay. Apa itu flatlay? Flatlay adalah salah satu cara mengambil gambar yang sudah tentu tidak asing lagi dalam kehidupan seharian kita pada zaman berpaksikan telefon pintar dan media sosial ini. Pernah tengok gambar makanan di Instagram? Itulah Flatlay. Flatlay adalah gambar yang  diambil dengan cara membentangkan sesuatu benda di atas permukaan yang rata dan gambar diambil dari arah atas.

Gambar Flatlay perlu memperlihatkan kesemua barang yang ada pada sesuatu permukaan itu. Flatlay terbahagi kepada flatlay, half-flatlay, quarter-flatlay dan zero-flatlay. Sungguhpun teknik mengambil gambar ini kedengaran seperti senang tetapi hakikatnya tidak. Beberapa aspek perlu diambil sebelum gambar flatlay diambil seperti jenis barangan yang dipilih, sinaran cahaya yang mencukupi dan teknik semasa mengambil gambar.

Prof telah memberikan kami masa selama 2 jam setengah untuk mengambil gambar-gambar flatlay dalam kumpulan berdasarkan tema-tema yang berlainan. Pengetahuan yang ditimba daripada tugasan ini sangat bermanfaat dan merupakan satu teknik mengambil gambar yang wajar dikuasai oleh sesiapa sahaja.



Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Facebook Pula Kena Ceroboh

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

BBM3410/18- Pengambilan Video Muzik, MENCABAR!