BBM3410/18: Tugasan individu dalam talian, Suatu Pengajaran
Pembelajaran atas talian bagi kuliah Multimedia dalam Bahasa diadakan pada hari Isnin 10-12 tengahari 1 Oktober 2018 Tugasan ini diadakan untuk menggantikan kuliah yang tertunda pada hari tersebut disebabkan Prof. Dr. Normaliza terpaksa menghadiri persidangan di Singapura.
Tugasan individu ini memerlukan setiap pelajar kuliah ini untuk memberikan persepsi tentang jenis-jenis media sosial / media teknologi yang terdapat dalam bab 1 buku BOOM dan memilih salah satu media sosial/ media teknologi tersebut dan membincangkan bagaimana kami menggunakan teknologi tersebut dalam pembelajaran di universiti.
Tugasan ini perlu mengikuti segala arahan dan ketetapan yang telah ditetapkan oleh Prof. Jika tidak, emel pelajar yang didapati salah akan dipadam.
Walaupun tugasan ini dilihat sebagai tugasan yang agak senang, namun hakikatnya, arahan yang dikeluarkan oleh Prof perlu diikuti sepenuhnya dan kami tidak boleh terlepas pandang akan sebarang kriteria tersebut sama sekali.
Comments
Post a Comment