Posts

Showing posts from November, 2018

BBM3410/18- Tempoh Paling Kritikal Sepanjang 3 Tahun Setengah Pengajian

Image
Perjuangan kami di UPM berbaki 5 minggu. 5 minggu terakhir ini lah yang paling kritikal sekali kepada kami. Dan pada masa-masa seperti ni lah laptop akan rosak, assignment semua deadline, ahli keluarga jatuh sakit, gaduh dengan pasangan, kucing berak atas katil, hardcopy fyp kena kopi.. dan sebagainya. Pada ketika ini lah kita baru ingat Tuhan, ingat pesanan pensyarah, ingat kata-kata motivasi dalam Twitter dan desperate nak cari ketenangan sementara waktu. Tapi itu semua hanya sementara waktu. Hidup kena diteruskan juga. Takkan sebab stres kita nak tamatkan hidup. Kena banyak bersabar. Banyak berdoa. Banyak mendengar muzik untuk menenangkan fikiran. Makan juga merupakan satu terapi untuk menenangkan tekanan. Jangan berputus asa wahai rakan-rakanku!                 Aiskrim pengubat hati yang lara

BBM3410/18- Screenshot Twitter dan Komen daripada Prof dalam Blog

Image
Sejujurnya saya cukup bersyukur sebab rakan-rakan seprogram saya bukan jenis yang suka mencarut yang bukan-bukan, kecam-mengecam dalam twitter. Sebaliknya mereka guna twitter untuk meluahkan perasaan dan fikiran dan beri kata-kata motivasi. Buka twitter je, boleh nampak la kata-kata motivasi yang boleh di-compile-kan menjadi sebuah buku. Lebih lebih lagi Prof kami jenis pensyarah yang rajin baca dan komen perkongsian kami di laman blog ini. Memang jadi satu motivasi kepada kami untuk terus menulis dan menggunakan sosial media dengan sebaik mungkin. Bak kata Prof, betulkan yang biasa, biasakan yang betul. Sosial media sepatutnyalah digunakan dengan tujuan yang baik seperti ini.  Antara perkongsian daripada rakan-rakan dalam twitter yang telah saya retweet. Komen daripada pensyarah kami, Prof Dr. Normaliza.

BBM3410/18- Video One Shot Two Layers - Alamak Apa Itu?!

Image
Bersyukur sebab sudah masuk kuliah untuk minggu yang ke-9. Pada minggu ini, untuk kuliah Multimedia dalam Bahasa, kami membentang video one shot kami terlebih dahulu. Lepas itu, datanglah saat yang kami gentarkan- pengumuman tugasan untuk minggu ini pula. Minggu ini prof nak kami hasilkan video one shot two layers pulak! Alahai apa itu?! Video pun boleh buat two three layers macam dalam Photoshop ke?? Pening. One Shot tu dah cukup memeningkan, ini pula two layers! Lagi memeningkan. Sejurus selepas itu kumpulan kami terus membuat perbincangan. Memang buntu. Tak ada idea langsung. Tapi terfikir juga la nak buat lagu rancak sikit tapi kena ada jalan cerita sikit, tarian, dan yang paling penting penyanyi kena berinteraksi dengan semua yang terlibat dalam video. Jadi kami pun pilihlah lokasi dan lagu Joget Lambak. Rentak lagu ni cepat jadi tarian kena ikut rentak dan pergerakan kami kena cepat. Nasib baik ada dalam kalangan ahli kumpulan yang berbakat dalam tarian dan seni persembaha...

BBM3410/18- Tutorial Membuat Kalendar Menggunakan Adobe Photoshop

Image
Memandangkan minggu ini kelas tutorial Multimedia dalam Bahasa dibatalkan, jadi tugasan yang perlu kami buat adalah memuat naik video 3 minit tutorial membuat kalendar menggunakan Adobe Photoshop. 3 minit memang kedengaran seperti lama tetapi sebenarnya 3 minit itu hanya mampu muat beberapa langkah pengeditan dan pembuatan kalendar sahaja. Kali pertama buat tutorial. Bukan senang. Memang. Kena sedia dengan segala ilmu dan peralatan. Kamera kena sedia. Suara kena jelas. Bilik kena kemas. Banyak kena buat. Tapi tak apa la suatu pendedahan yang berguna kepada kami semua. Semoga ilmu ini dapat disebar dan dikongsi bersama orang lain sungguhpun tidak seberapa. Ini link ke video tutorial tersebut. https://youtu.be/C7PP7mWirvs

BBM3410/18- Balik Kampus untuk Meneruskan Sisa-sisa Perjuangan!

Image
Selepas tamatnya cuti yang agak panjang (hampir 2 minggu) kami semua kena balik ke realiti. Realiti yang kami cuba elak-elakkan. Namun sisa sisa perjuangan kami di UPM haris diteruskan. Perjuangan kami hanya berbaki 2 bulan dan sekiranya kami kalah, kami akan terpaksa mengulangi semester ini! Jadi apakah daya. Dengan hati dan langkah yang berat kami pun berangkat balik lah. Saya memang malas nak balik kampus setiap kali balik kampung disebabkan oleh satu alasan je- makanan! Makanan kat kampus mana boleh menandingi makanan kat Penang la kan! Tapi tak apa. 2 bulan je lagi kami perlu bersabar dan melayan kerenah tugasan tugasan yang leceh dan tidak berpenghujung.              Rindu rumah, rindu ayah dan ibu.

BBM3410/18- Debaran Deepavali

Image
Setiap kali sebelum bermulanya sesebuah perayaan besar sesebuah kaum, kita akan turut merasai keterujaan dan debarannya kan? Itulah yang saya rasai setiap kali sebelum deepavali dan hari raya aidilfitri. Mungkin sebab kita sudah hidup berpuluh tahun bersama-sama di muka bumi ini. Saya sengaja pergi berpusu-pusu di Queensbay Mall, kompleks membeli belah paling besar di Penang untuk merasai sendiri debaran persiapan kaum india untuk menyambut deepavali tahun ini. Ternyata cukup meriah sekali suasana di situ. Sungguhpun terpaksa berjalan terkedek kedek kerana terlalu banyak orang yang membanjiri kompleks tersebut, saya gembira. Saya puas hati. Sungguhpun tidak diundang untuk pergi ke rumah rakan rakan India pada tahun ini tapi saya gembira melihat gambar gambar mereka bersama ahli keluarga tersayang di laman Instagram. Hiasan burung merak di Queensbay Mall sempena Deepavali. Cantik!

BBM3410/18- Prof Masuk TV!

Image
Pada 5 November 2018, pensyarah Multimedia kami, Prof Dr Normaliza telah ditemu ramah dalam slot Bijak Siber di TV AlHijrah! Sebagai pelajar beliau kami pun tumpang excited dan teruja nak tengok pensyarah kami yang kami hadap setiap pagi isnin dalam kelas dalam kaca TV. Tapi disebabkan kuliah hari tu batal, kami ditugaskan untuk mengambil gambar beliau yang cantik dan nampak muda la dan muat naik dalam Instagram. Wawancara bertajukkan Pemartabatan Bahasa Melayu dan Pengharmonian Hubungan Antara Kaum melalui Alam Siber itu cukup membuka minda kami sebagai pelajar bahasa melayu. Hujah hujah yang dikemukakan oleh Prof cukup bernas. Ternyata satu-satunya perkara yang kita perlu buat adalah betulkan yang biasa dan biasakan yang betul dalam usaha untuk mengekalkan keharmonian kaum dan pemartabatan bahasa melayu. Gambar-gambar Prof yang kami muat naik dalam Instagram.

BBM3410/18- Hari Jadi Ibu yang Ke-53!

Image
Sebenarnya sebelum balik bercuti lagi saya sudah membincangkan tentang sambutan hari jadi ibu dengan adik kakak dan abang dalam Whatsapp. Namun idea saya untuk memasak steamboat dalam rumah ditolak! Sedih sangat sebab dah lama mengidam nak hirup sup tomyam spesial Ibu dengan bebola ikan dan maggi. Kami tak jadi memasak steamboat sebab abang dan kakak sibuk dan tiada masa untuk turut serta membeli bahan bahan masakan. Biasalah kan. Orang berkerjaya. Asyik asyik dengan alasan sibuk dan makan luar. Tapi takpe la janji ibu gembira. Ibu okey je dengan apa-apa. Sebenarnya ibu tak nak susahkan kami pun. Dia dah cukup gembira kami semua balik kampung untuk menyambut harijadi dia. Maka pada hari tersebut kami pun pergilah makan dekat restoran steamboat berdekatan. Tiada apa apa yang menarik. Tiada makanan mewah mewah dan hadiah berjuta ringgit. Namun ibu saya sudah cukup gembira kerana kami sekeluarga akhirnya dapat berkumpul dan makan bersama-sama.

BBM3410/18- Tugasan 10 Gambar Kampung

Image
Sebelum kami balik bercuti, Prof sudah amanahkan kami dengan satu tugasan untuk diselesaikan sepanjang minggu tersebut. Tugasan itu adalah untuk mengambil 10 gambar yang menunjukkkan kami di kampung masing-masing dan muatnaik gambar-gambar tersebut dalam laman Instagram. 10 gambar! Bukan 1. Mulalah pusing kepala saya mana nak dapat 10 gambar kampung padahal kampung saya ada kat bandar! Tapi lepas tu, teringat kata-kata Prof 'mana-mana gambar je.' Jadi saya pun pergilah berjalan jalan di bandar georgetown dengan abang saya yang masih bermain Pokemon Go pada hujung minggu untuk mengambil gambar. Sebagai orang Penang saya cukup kagum dengan usaha kerajaan dalam pemeliharaan bangunan bangunan bersejarah. Ternyata berjalan-jalan di sekitar bandar georgetown sambil mengambil gambar adalah suatu pengamalan yang seronok! ( saya tidak pernah berjalan kaki mengelilingi bangunan-bangunan bersejarah tersebut selama ini).

BBM3410/18- Bermulanya Cuti Yang Ditunggu-tunggu!

Image
Siapalah yang tak suka cuti kan! Tapi untuk pelajar semester akhir seperti kami ini, cuti pertengahan semester selama seminggu ini adalah cuti yang amat penting sekali untuk kami. Ada yang tidak balik kampung dan menggunakan masa 1 minggu ini untk berperang dengan PITA dan tugasan yang berlambak-lambak. Ada yang menganggap cuti ini adalah satu peluang untuk bercuti dengan keluarga dan menenangkan fikiran yang bercelaru dan stress yang kian memuncak. Ada yang balik kampung untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak, membantu ibubapa untuk menghadapi persiapan perayaan Deepavali, menolong ibubapa untuk menjaga adik-adik dan berniaga. Saya pula? Saya balik untuk makan je. Siapa yang tak rindu masakan mak kat kampung kan. Hasilnya, berat badan saya bertambah hampir 2 kilo. Dah hampir obese. Tapi takpe la janji kita gembira kan. Siapa yang balik kampung untuk makan kita geng!