BBM3410/18 : Bermulanya semester yang mencabar!

Pada minggu pertama kuliah selepas berakhirnya cuti semester yang lama (hampir 3 bulan), kami sebagai pelajar semester akhir Bacelor Sastera dan Linguistik Melayu mengambil subjek wajib yang dikendalikan oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim iaitu Multimedia dalam Bahasa Melayu ( BBM3410 ).

Sebelum menghadiri kuliah beliau, kami asyik tertanya-tanya, apakah kaitan multimedia dengan Lingusitik Melayu? Apakah intipati dalam subjek ini begitu penting sehingga diletakkan sebagai subjek wajib pada semester akhir?

Pada kuliah yang pertama dengan Prof., kami telah didedahkan oleh beliau tentang rangka kursus BBM3410. Menarik! Tak tersangka kuliah ini akan melibatkan banyak aktiviti hands-on!

Prof. kemudian menerangkan tentang kelas amali yang perlu dihadiri oleh setiap pelajar dan tugasan pertama yang melibatkan topik asas grafik. Antara bahan-bahan yang perlu dibawa adalah seperti gunting, majalah, mounting board dan riben.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Facebook Pula Kena Ceroboh

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

BBM3410/18- Pengambilan Video Muzik, MENCABAR!