Posts

Showing posts from September, 2018

BBM3410/18: Asas Grafik, tidak semudah yang anda jangkakan

Image
Pada kuliah kedua, kami telah didedahkan tentang asas grafik oleh Prof. Dr. Normaliza. Asas Grafik melibatkan keseimbangan, warna, mudah, teks dan kesesuaian sesebuah gambar yang perlu diteliti dan diambil berat sepenuhnya untuk menjanjikan hasil yang menarik dan bernilai. Seperti yang telah diarahkan oleh Prof pada kuliah 1, kami telah membawa bahan bahan yang diperlukan untuk membuat tugasan pertama berkumpulan. Tugasan ini adalah penghasilan satu booklet berkenaan dengan asas grafik. Kami sekumpulan segera memulakan tugas masing-masing memandangkan jangka masa yang diberi hanyalah 4 jam. Kami telah membahagikan tugas masing-masing untuk mempercepatkan kerja. Tepat pukul 2 petang, kami telah siap dengan penghasilan booklet tersebut.

BBM3410/18 : Bermulanya semester yang mencabar!

Image
Pada minggu pertama kuliah selepas berakhirnya cuti semester yang lama (hampir 3 bulan), kami sebagai pelajar semester akhir Bacelor Sastera dan Linguistik Melayu mengambil subjek wajib yang dikendalikan oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim iaitu Multimedia dalam Bahasa Melayu ( BBM3410 ). Sebelum menghadiri kuliah beliau, kami asyik tertanya-tanya, apakah kaitan multimedia dengan Lingusitik Melayu? Apakah intipati dalam subjek ini begitu penting sehingga diletakkan sebagai subjek wajib pada semester akhir? Pada kuliah yang pertama dengan Prof., kami telah didedahkan oleh beliau tentang rangka kursus BBM3410. Menarik! Tak tersangka kuliah ini akan melibatkan banyak aktiviti hands-on! Prof. kemudian menerangkan tentang kelas amali yang perlu dihadiri oleh setiap pelajar dan tugasan pertama yang melibatkan topik asas grafik. Antara bahan-bahan yang perlu dibawa adalah seperti gunting, majalah, mounting board dan riben.

BBM3410/18: Jom berkenalan!

Image
Penggunaan media sosial untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran sudah tentu tidak asing lagi dalam dunia serba moden berpaksikan multimedia dan teknologi ini. Namun, tahukah anda, penggunaan blog sebagai salah satu medium pembelajaran dan komunikasi semakin dipinggirkan malah ada dalam kalangan pelajar Universiti yang tidak pernah ada blog sendiri! SAYA adalah salah seorang daripanya. Memandangkan saya masih baru dengan blog ini, anda pasti tertanya-tanya tentang diri saya, kan? Baiklah. Berikut merupakan biodata diri saya: Nama: Goh Soon Jian (nama blog diambil sempena nama terakhir saya) Umur: 23 tahun Asal: Pulau Pinang Pekerjaan: Pelajar Tahun Akhir Universiti Putra Malaysia Program: Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) Cita-cita: Penterjemah atau mana-mana pekerjaan berkenaan dengan bahasa. Hobi: Menonton filem dan membaca bahan-bahan bacaan berkenaan dengan mistik dan teologi.